Sekolah Kebangsaan Perancangan Ranau

D/A Pejabat Pelajaran Daerah, Beg Berkunci No. 8, 89300 Ranau, Sabah. Email: [email protected]

Pertandingan Bola Tampar MSSM B12 Peringkat Daerah Ranau 21 Mac 2013

Posted by perancangan on 22 March 2013

Pertandingan Bola Tampar MSSM kelolaan Zon Utara kendalian SK. Perancangan Ranau berjalan dengan lancar. Sebanyak 3 zon yang mengambil bahagian dengan 3 zon kategori lelaki dan 3 zon kategori perempuan.3 zon tersebut adalah Zon Garas, Zon Timur dan Zon Utara.

Zon Garas diwakili oleh beberapa pemain terbaik gabungan beberapa buah sekolah dan begitu juga dengan pemain dari Zon Timur. Cuma hanya Zon Utara yang diwakili oleh pemain SK. Perancangan sahaja.

Zon Garas sekali lagi menjuarai kategori lelaki dan perempuan seperti tahun-tahun sebelumnya. Pencabar terdekat adalah Zon Utara yang hanya mampu menjadi naib juara bagi kedua-dua kategori. Zon Timur di tempat ketiga bagi kedua-dua kategori. Apapun, semua pasukan bersaing dengan sengit dan hanya pasukan terbaik yang memenangi perlawanan. Tahniah! diucapkan kepada semua pemain yang menunjukkan semangat kesukanan dalam pertandingan tersebut.

Seramai 7 pemain lelaki dan 7 pemain perempuan dipilih mewakili Daerah Ranau. Zon Utara dengan 3 pemain lelaki dan 5 pemain perempuan dan Zon Timur hanya 2 pemain lelaki. Kesemua pemain ini akan dikumpul menjalani latihan pusat di SK. Perancangan pada tarikh yangakan ditetapkan kemudian.

Pertandingan Bola Tampar MSSM B12 Bahagian Barat akan dijalankan pada 18 dan 19 April depan dibawah kelolaan Daerah Tuaran. Pasukan Bola Tampar lelaki akan dikendalikan oleh En. Agimin Rimin dari SK. Tibabar dan pasukan perempuan dikendalikan oleh En. Clement Azimin dari SK. Perancangan.

Semoga pasukan bola tampar Daerah Ranau B12 akan memperolehi kejayaan di Peringkat Bahagian Barat nanti.

 

Posted in Kokurikulum | No Comments »

Kejohanan Balapan dan Padang MSSB Barat, Kompleks Sukan UMS 14&15 Mac 2013

Posted by perancangan on 16 March 2013

“Juara Keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang MSSB Barat kali ke-5 Tahun 2013 adalahDaerah Ranau!!!”. Itulah yang diperkatakan oleh Pengacara kejohanan. Syabas dan Tahniah! kepada semua atlet Ranau yang berjaya menyumbang pingat emas, perak dan gangsa.

Keseluruhannya, Kontinjen Ranau memenangi 53 emas, 34 perak dan 24 gangsa. Dalam 53 emas tersebut, 4 pingat emas adalah hasil daripada penglibatan 2 orang atlet SK. Perancangan, Ranau.

Adik Laiwefatra Daimes berjaya memenangi pingat emas dalam acara 100m dengan catatan masa 13.78 saat. Adik Laiwefatra juga adalah sebahagian daripada kuartet 4x100m dan 4x200m kategori perempuan yang memenangi emas dalam kedua-dua acara tersebut. Adik Olivia da Onidian Jainis juga berjaya mencuri tumpuan dengan memenangi pingat emas dalam acara lompat jauh perempuan dengan jarak lompatan 3.89 meter.

TAHNIAH! dan SYABAS! kepada Adik Laiwefatra Daimes dan Adik Olivia da Onidian Jainis yang berjaya mengharumkan nama SK. Perancangan, Ranau dalam Olahraga. Sesungguhnya inilah hasil daripada Program Kebitaraan Olahraga Sekolah Kluster SK. Perancangan, Ranau. Hasil daripada tunjuk ajar Jurulatih Bertauliah En. Jasli Hj. Mian dan En. Julani Samin serta jurulatih sekolah En. Kaharin Labin dan En. Clement Azimin berjaya menghasilkan atlet yang berpotensi untuk melangkah lebih jauh dalam arena olahraga. Diharapkan akan ada lebih banyak lagi atlet yang berjaya menerusi Program Kebitaraan Olahraga.

Adik Laiwefatra dan adik Olivia akan mewakili Kontinjen Bahagian Barat ke Kejohanan Balapan dan Padang MSS Sabah di Kompleks Sukan Beaufort pada 10 – 13 April 2013. Untuk itu, sama-sama kita mendoakan agar kedua-dua atlet ini akan memperolehi kejayaan dalam acara masing-masing nanti.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

Posted in Kokurikulum | No Comments »

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Ranau kali ke-41 25-28 Februari 2013, Kompleks Sukan Ranau

Posted by perancangan on 10 March 2013

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Ranau kali ke-41 pada 25-28 Februari 2013 yang lalu sekali lagi telah berlangsung dengan jayanya. Dalam kejohanan tersebut, Kontinjen Zon Utara adalah salah satu pasukan yang turut mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Daripada 22 orang atlet dalam kontinjen Zon Utara, 3 orang daripadanya adalah murid dari SK. Perancangan. 3 orang murid tersebut adalah adik Dayang Suhana Jaicob, adik Laiwefatra Daimes dan adik Olivia da Onidian Jainis.

Dalam kejohanan tersebut, Adik Laiwefatra Daimes telah memenangi pingat emas dalam acara 100m dan adik Olivia da Onidian memenangi emas dalam acara lompat jauh perempuan. Walaubagaimanapun, adik Dayang Suhana Jaicob tidak mampu memenangi pingat dalam acara lompat tinggi memandangkan terdapat banyak saingan dalam acara tersebut. Pun begitu, adik Dayang tetap memberikan saingan sengit kepada peserta lain.

Dalam pada itu, adik Laiwefatra dan adik Dayang Suhana merupakan kuartet 4x100m dan 4x200m perempuan yang mana telah memenangi pingat perak dalam acara 4x100m dan pingat emas dalam acara 4x200m.

Secara keseluruhannya, kontinjen Zon Utara telah memenangi 8 emas 3 perak 2 gangsa dan merupakan Johan Keseluruhan bagi kategori bawah 12 tahun. Tempat kedua Zon Garas dengan 3 emas dan ketiga Zon Tengah juga dengan 3 emas.

Adik Laiwefatra Daimes dan adik Olivia da Onidian Jainis akan mewakili Daerah Ranau ke kejohanan Balapan dan Padang MSS Bahagian Barat di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu pada 14 & 15 Mac 2013.

Semoga penyertaan kedua-dua atlet ini di Peringkat Bahagian Barat akan diiringi dengan kejayaan.

 

Posted in Kokurikulum | No Comments »